December 20, 2009

::Piala Dunia 2010::


ahaa..da lama rasenye tak update blog nih....nk update tp mcm xde idea..cane tu??ehehe...tetiba teringat pasal bola sepak...erm,untuk kali pertama kalu tak silap,piala dunia akan diadakan di bumi afrika...dan rasanya kehangatan piala dunia 2010 sudah terasa auranye...plus kumpulan2 sudah di bagi2 kan....kalau melihat pada kedudukan stiap kumpulan, kekuatan setiap kumpulan kelihatan agak seimbang....namun, tidak mustahil, pasukan2 underdog boleh membuat kejutan lagi dalam piala dunia 2010...sape tahu kan....
ok la, ni list untuk setiap2 kumpulan selepas undian dalam South Africa 2010...

KUMPULAN A

Afrika Selatan
Mexico
Uruguay
Perancis

KUMPULAN B

Argentina
Nigeria
Korea Selatan
Greece

KUMPULAN C

England
Amerika Syarikat
Algeria
Slovenia

KUMPULAN D

Jerman
Australia
Ghana
Serbia

KUMPULAN E

Belanda
Denmark
Jepun
Cameroon


KUMPULAN F

Itali
Paraguay
New Zealand
Slovakia

KUMPULAN G

Brazil
Korea Utara
Ivory Coast
Portugal

KUMPULAN H

Sepanyol
Switzerland
Honduras
Chile

inilah senarai2 mengikut kumpulan masing2...pape pom, aku support England sebab team MALAYSIA takde dalam senarai2 di atas..dan aku pom tak tau zaman bila agaknya team Malaysia nk masuk senarai piala dunia...

ohh,mungkin kah ini akan blaku..??..bagi aku ini misi yg agak mustahil..maaflah, tapi ini kenyataannya..sebab aku tgk team Malaysia ni kurang semangat kerjasama dalam berpasukan..jgn sebab aku ni pompuan,aku dikatakan x reti nak menilai bola sepak,sebab aku pom peminat bola sepak..namun,aku sudah dilahirkan dizaman kemerosotan sukan bola sepak..jadi aku rasa sgt hampa dgn masalah sebegini..agaknye zaman bila la aku mampu melihat kebangkitan pasukan Malaysia..letih jugak mnunggu nih..rentak pemainan team Malaysia pom agk slow..dan ini sungguh membosankan..maaf skali lagi, tp hakikat tetap hakikat..bagi aku kalau nak mengubah situasi sebegini,jangan hanya menukar jurulatih (asal kalah je,mau tukar jurulatih..jurulatih pom jadi juruletih..kesian..),jangan hanya mengubah taktik permainan,tapi ubahla minda sekali..x kira la mereka ini pemain, atau pengurusan bola sepak Malaysia..maaf andai kenyataan saya x diterima.kerana itu saya kira anda masih belum mengubah mentaliti pemikiran anda sendiri..pikirla untuk kebaikan bersama...peace no war...ehe...=)

"Majulah sukan untuk Negara"

1 comment: